Maharaja Lawak Mega 2013



Maharaja Lawak Mega 2013. Mamu, Zero dan Gerak menjawab Teka-teki tentang kumpulan pelawak mana yang akan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) atas tiket kerusi panas tadi malam. Sebanyak 13 peserta telah pun menempah tempat secara automatik ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.
          Ketiga-tiga mereka telah telah menewaskan lapan peserta lain yang turut bersaing merebut tempat tiga slot terakhir dalam MLM 2013. Pemilihan mereka adalah menerusi markah yang diberikan oleh barisan juri yang terdiri dari Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali dan Dato` Hattan.
Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro On-The-Go.
Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.
Jadi jangan sampai lupe tonton Maharaja lawak mega 2013 minggu pertama di siarkan secara langsung pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna.
Share
allvoices
Privacy Policy - Drama Bersiri Copyright @ 2011 - Theme by NanLimo Canada


Blogged.my